Inspirasi Ku

Saturday 9 March 2013

Jom Minum....

Assalamualaikum..

Hari ni saja nak sharekan  minum petang tadi.....cuma ada teh tarikh dan sedikit kuih muih, ada kuih apam polkadot, ketayap dan kuih koci. Minum petang kali ini menggunakan tea set yand dibeli di SSF sahaja. Itu pun cuma beli 1 teko dan 2 set cawan dan piring...buat ada2 sahaja..huhu

Teko yang berbentuk bulat sahaja, suka corak kat badan dia yang timbul-timbul ni..asyik beli yang bunga-bunga je, sesekali kena tukar angin juga..

Dan cawan yang sepadan, tapi kalau diperhatikan corak di cawan tak sama dengan teko..

Dan tak lupa juga pitcher jug ni nak enterprem.... suka kat jug ni sebab kaler dia dengan corak yang timbul tu....hasil belian di Lovely Lace tahun lepas..

Dan last sekali bunga ni pulak, bunga ni sebenarnya tidak digubah semula, sekadar masukkan sahaja ke dalam pitcher tu...

Ok ini sahaja entry untuk kali ini....jumpa lagi di lain waktu dan kesempatan..

Wassalam.


Monday 25 February 2013

Kembali Bersiaran...

Assalamualaikum w.b.t.

Hermmm....setelah sekian lama menyepi, hari ini terlintas nak update blog yang telah lama ditinggalkan...bukan tak sayang atau tak cinta ya...tapi kekangan masa dan tugas-tugas harian sebagai seorang isteri, ibu, pekerja di pejabat, balik rumah jadi suri rumah pulak memang banyak dan tak berkesudahan....blog ni jugak yang jadi mangsa ketidaksempatan dan kemalasan ku...huhu

Harap-harap lepas ni no malas-malas ehh....nak buat n3 jugak walau pun simple, sebab bila bukak balik yang lepas-lepas macam best jugak...boleh jadi kenangan terindah khususnya untuk diri ku sendiri...dan boleh juga share dengan kawan-kawan yang sama aliran dan minat kan..

Nak letak gambar apa kat n3 ni yerk....adoiii...nak upload gambar pun dah terlupa, camana tu....sabor jelah...setelah mencuba hasil try and error gambar ni je yang ter'upload'...

 
Masih tidak boleh dipisahkan dengan pinggan mangkuk...hihi. Terberkenan kat tepi piring tu, apam polkadot sekadar hiasan.....layankan jerlah...

Ok...jumpa lagi nanti..

Wassalam.
 

Friday 18 November 2011

GA Nita - Hobby and Therapy

Assalamualaikum

Hari ni baru berkesempatan buat n3 untuk join GA Nita dari blog Hobby and Therapy.

Syarat-syarat penyertaannya seperti berikut:

1. Jadi Follower blog ni
- dah lama dah 
2. Tinggalkan comment untuk post ni dan emailkan nama anda untuk dihubungi di email saya : hobbyandtherapy74@gmail.com
- dah buat juga
3. Buat n3 GA ni kat blog anda
- sudah terlaksana, Alhamdulillah...
4. Tarikh tutup : 22 Nov 2011
- masih ada masa lagi

Mudahkan..
Jom kita tengok hadiah-hadiah yang disediakan pulak :

Tempat Pertama

Tempat Ke 2

Tempat ke 3
Cun-cunkan hadiah dia...apa tunggu lagi, joinlah yerr

Selamat mencuba..

Wednesday 16 November 2011

Ros Mekar Dari Jepun

Kali ini saya bawakan ros jepun yang mekar2, kalerr merah, pink dan hijau...

mula-mula dapat collect dgn pembelian piring sos, mangkuk sambal dan 2 biji cawan bujang dari Stadium Shah Alam pada cuti sekolah tahun lepas

cawan bujang beranak dari 2 jd 4 hasil rembatan dr Ezany

 
  Teko yang paling hot..hot sbb baru dapat semalam hasil dari belian di fb, Pak Lang Antik
sukerr sangat kat teko nih, walau pun bulat tp sangat cantik di mataku, I luv u lah...haha

bunga di bahagian belakang, masih tetap cun wlu kecil sedikit

muncung teko pun ada 3 calitan emas, so far saya tak de teko mcm ni..

piring leper ni besar sungguh, saiz 9" hasil belian dari Ezany juga


Ni sajalah yg saya ada setakat ini, harap2 dapat bertambah lagi.
Kalau tengok koleksi ni nampak meriah je kan.......

Jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails