Inspirasi Ku

Monday 1 November 2010

English Rose


Assalamualaikum dan Salam Isnin,

Hari ini saya macam ter'rajin' sikit nak masukkan n3. Dari tadi memikir apa nak dimasukkan...last2 jeling dalam almari, apalagi terus menerus shoot dari situ. Walaupun set pinggan ni bukan pinggan lama, tapi ini adalah sebahagian dari koleksi yang saya suka. Esok2 jadi antiklah jugakkan....hehe.
 Inilah yang saya maksudkan....taraaaaaa...
Ni adalah koleksi vantage saya yg pertama (ada yang ke dua ke...). Vantage ni adalah dari jenis
Fine Bone China, nama bunga dia apa yerrr...kalau tak salah saya english rose. Set ni adalah dinner set, ada 6 cawan + piring, 6 pinggan kuih, 6 mangkuk lauk, 6 pinggan makan, 1 teko, 1 mangkuk nasi tambah dan 1 tisu holder (baru saya perasan tak de sugar pot and creamer dia...huhu...). Saya beli ni terus dr kilang Vantage di Petaling Jaya 3 tahun yang lepas (klu dah nama peminat pinggan mangkuk, kat ceruk mana pun sanggup pegikan..)
 Teko dia besar betulll..
Bunga kat pinggan pun besar2
Mangkuk nasi dan pinggan makan
Nilah sahaja koleksi vantage saya. Mungkin lepas ni nak kena cari sugar and creamer pot dan juga tureen...barulah lengkapkan. Selamat menjamu mata...

Jumpa lagi. Wasalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails