Inspirasi Ku

Friday 31 December 2010

American Beauty Japan

Salam Malam Sabtu
Hari ni cuma nak sharekan set cawan Japan ni yang bercop mohor Kanesho. Cawan ni pun dah agak lama dapatnya, menunggu sang ibu yang tak kunjung tiba, dan rasanya memang payah nak jumpa....so ku enterprem dia....jom kita cuci2 mata sempena malam tahun baru..
Cawan ni ada 6 cawan dan piring yang lengkap, beli kat kedai apeks....mula-mula rasa cawan ni biasa2 je, tapi masa ambil gambar ni, saya terlalu leka, sampaikan banyak snap yang saya ambil, rasanya bila ditenung2 makin cantik, sebab mula2 tu perasan biasa2 aje. Saya rasa mcm versi american beauty japan pulak dah...
Bunga ros dia besar dan cun, mula2 ada hati nak let go....tapi pas ni konpem tak jadi....nasib baik cepat sedar...hehe

Piring dan tepi cawan ni berbiku-biku, tu yang saya rasa special sikit, cumanya gold line dia ada yang still ok dan ada yg dah agak pudar
Ni sajalah untuk kita menjamu mata, sementelaah saya pasti para ibu2 sdg sibuk membuat persiapan untuk anak2 kembali ke sekolah, so dah penat2 tu nanti bolehlah buat
blog walking ye..

Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2011, moga kita lebih sukses, lebih sihat dan lebih segala2nya, dah yg pasti lebih wang untuk hunting lagi....hehe

Jumpa Lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails