Inspirasi Ku

Saturday 24 July 2010

Teko Bunga Kangkung

Assalamualaikum semua,

Lama saya nak masukkan n3 bunga kangkung (bk) ni, asyik tertunda je. So di petang sabtu yg mendung ni, saya pun mengagahkan diri buat n3 ni. Saya mulakan dulu dgn n3 untuk teko bunga kangkung ni, rasanya kena buat beberapa kali n3 bk ni memandangkan kepelbagaian dlm koleksi ini...(mcm banyak sgt...hehe)

Koleksi saya ni dapat dr merata tempat di Semenanjung Malaysia, ada yg dtg dr Penang, Kuala Lumpur, Melaka dan banyak juga dr Johor sendiri. Jom kita pi intai....... 
Ni adalah barisan teko2 yg saya ada. Klu dikira utk teko ni, saya ada 14 biji. Teko2 ni ada pelbagai ragam, yg pasti  lain dr segi bentuknya, warna dan keluaran baru dan lama.
Nilah teko aladin saya...didatangkan jauh nun dari utara, sapa lg kalau bukan Cik Pn Ajmah kita (dah jd tokey tudung sekrg....bg diskaun ye..haha). Teko ni asalnya tutup tekonya adalah lain, tp pada saya yg membuatkan teko aladin tu cantik adalah tutup teko dan tangkainya. Itu pendapat sayalah. So saya pinjamkan tutup ni dr teko lain. 
Teko siku tajam ni pulak saya dapat dr Kak Gee & Abg Din di Pasar Pagi Stadium Shah Alam, lepas tu dapat lg 2 biji. So sapa2 yg berhajat bolehlah hubungi saya. 
Teko bulat ni hasil dr belian online dgn Eis Antique. Masa dia buat n3 saya cpt2 meminang. Alhamdulillah.... yg nak dipinang belum di risik org lagi. So sayalah yg dapat. Saya suka teko ni sbb bunganya besar dan terang. 
Teko bentuk pear ni pun saya teramat suka. Selain sbb bunganya besar & terang dibahagian penutup pun ada bunga. Memang cantik, tp saya ada satu je.. 
 
Dan 1 teko bulat nih. Teko ni dan yg berbentuk pear tu saya jumpa di kedai apeks, riang tak terkira....(masa tu dalam hati ada taman....hehe)
Nilah teko-teko dambaan tuannya....hehe. Selain daripada teko2 ni, yg lain adalah teko bulat yg biasa boleh didapati di kedai2 apeks. Sbb masa mula2 hunting dulu, dia punya kemaruk lain macam, asal jumpa teko bk
mesti nak beli, so bila dah lama2 ni, dah tahulah mana yg lama, mana yg keluaran baru. Jadi Tipah tertipulah masa tu.

So, utk n3 yg seterusnya nanti, saya akan buat part cawan pulak. Jadi kena tunggu.....

Sehingga jumpa lagi. Wasalam. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails