Inspirasi Ku

Friday 18 November 2011

GA Nita - Hobby and Therapy

Assalamualaikum

Hari ni baru berkesempatan buat n3 untuk join GA Nita dari blog Hobby and Therapy.

Syarat-syarat penyertaannya seperti berikut:

1. Jadi Follower blog ni
- dah lama dah 
2. Tinggalkan comment untuk post ni dan emailkan nama anda untuk dihubungi di email saya : hobbyandtherapy74@gmail.com
- dah buat juga
3. Buat n3 GA ni kat blog anda
- sudah terlaksana, Alhamdulillah...
4. Tarikh tutup : 22 Nov 2011
- masih ada masa lagi

Mudahkan..
Jom kita tengok hadiah-hadiah yang disediakan pulak :

Tempat Pertama

Tempat Ke 2

Tempat ke 3
Cun-cunkan hadiah dia...apa tunggu lagi, joinlah yerr

Selamat mencuba..

Wednesday 16 November 2011

Ros Mekar Dari Jepun

Kali ini saya bawakan ros jepun yang mekar2, kalerr merah, pink dan hijau...

mula-mula dapat collect dgn pembelian piring sos, mangkuk sambal dan 2 biji cawan bujang dari Stadium Shah Alam pada cuti sekolah tahun lepas

cawan bujang beranak dari 2 jd 4 hasil rembatan dr Ezany

 
  Teko yang paling hot..hot sbb baru dapat semalam hasil dari belian di fb, Pak Lang Antik
sukerr sangat kat teko nih, walau pun bulat tp sangat cantik di mataku, I luv u lah...haha

bunga di bahagian belakang, masih tetap cun wlu kecil sedikit

muncung teko pun ada 3 calitan emas, so far saya tak de teko mcm ni..

piring leper ni besar sungguh, saiz 9" hasil belian dari Ezany juga


Ni sajalah yg saya ada setakat ini, harap2 dapat bertambah lagi.
Kalau tengok koleksi ni nampak meriah je kan.......

Jumpa lagi...

Monday 14 November 2011

My Favourite 2 Tone Roses

Assalamualaikum

Hari ini nak kongsikan 2 tone roses dambaan ku, dah lama minat, dah lama mencari dan masih lagi terus mencari dan memburu....haaa, semput sampai...hingga ke hari ini, ini sajalah yang dapat dikongsi bersama..

 
tak taulah kenapa minat sangat kat ros pink kelabu nie..

 

Setakat ni, inilah hasil buruan ku yang masih belum lengkap lagi 

Walau hanya teko bulat tapi ku suka sangat. Bunga terang dan masih berkilat. Terima kasih pada Aina - Warisan Nenek kerana sudi mengoffer teko ni kepada ku.. 


6 biji cawan ml hasil belian dari Arina Collection (masa tu saya tak de blog, silent reader je..),
3 piring cawan dari Nanie dan masih kurang 3 lagi..

 Piring kuih saiz 6" dan 7", semua hasil rembatan dari Nita Past Times.

Kalau ada lagi yang boleh dirembat, akan ku rembat juass...huhu

Sampai jumpa lagi...

Friday 4 November 2011

Cawan Ohh Cawan...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.....pada pagi Jumaat yang mulia ini masih diberi kesempatan untuk membuahkan n3 terbaru ini, n3 yang simple jerr...now ni tak dan nak mengarang panjang2, harap2 ini sudah memadai untuk dimuatkan di sini...sekadar 2 set cawan dan piring yang bermotifkan bunga2an berserta sang rama-rama..
Jom kita cuci2 mata...






 Untuk pengetahuan kawan-kawan, set ni  saya beli di Sogo pada tahun lepas. Set ni mengandungi 2 cawan dan piring beserta kotak yang bermotifkan bunga yang sama. Kalau ada siapa2 yang berkenan bolehlah cari di Sogo, saya pun pernah nampak set ni di jual di Metrojaya..

Itu saja untuk kali, selamat menjamu mata & jumpa lagi...



Monday 31 October 2011

Pinggan Mungkum - Part II


Salam Malam Isnin

Hari ni nak sambung n3 yg tertangguh iaitu pinggan2 mungkum. Bila dah dikumpulkan memang banyak corak utk pinggan2 ni, ini yg saya ada, tapi yang kawan-kawan lain ada pun banyak corak lagikan...
Jom kita tengok .....














Ni sajalah yg mampu untuk diuploadkan, tak larat nak tunggu lagi, mcm kura-kura....
Kepada kawan-kawan yg sudi bertandang ke sini, terima kasih2 banyak diucapkan & moga tak jemu dgn n3 yg tak seberapa ini.

Jumpa lagi....

Saturday 29 October 2011

Trio Lagi...

Salam Sabtu

Just nak share trio royal albert yang ada dalam simpanan saya ni, nama tak tahu sbb tak de chop kat belakangnya..sbb bunga ros tu yg mata ni mudah kalah walau kaler tak seperti selalunya....pink tapi kali ini kaler kuning berlatar belakangkan biru kehijauan. Jom kita tengok....





   







Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini....Jumpa lagi di lain n3.

Sunday 23 October 2011

Trio RA Celebration

Assalamualaikum  & Bertemu Kembali

Rasa seperti berada dalam taman....taman apa tu?? taman bunga daa....Hari ini saja nak sharekan trio ni, lagipun item yg sikit ni senang nak di keluarkan utk photo shoot..

 Suka dengan bunga ros yang kaler merah hati dengan putih ni, mcm segar je kan...betul jugak kata Nita Past Times, hobby yg menjadi terapi..

 Trio RA Celebration, suka dapat trio ni....sedang memikirkan utk beli teasetnyerr...woww bestnyerr kalau dapatkan. Sementara tu layan jelah trio ni dulu..

Close up bunganya dgn gold dust dikeliling pinggan

 Bunga dalam cawan

macam dah ready jerr nak bancuh coffee/tea??

Antara koleksi trio favourite tuan punya blog...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails