Inspirasi Ku

Sunday 20 February 2011

Aqua Peonies

Salam Ahad

 Kali ni saya nak sharekan keluarga peonies yang baru
di rumah kecil ku, aqua peonies..
Yang berjaya ditemui hanya ini, 4 set cawan berpinggang dengan 4 keping piring kuih, 1 ada sumpik sikit, nyonya bagi free jerr...mood dia tengah baik masa tu, kalau tak kena bayar separuh rege, mesti dia ingat spesis ni tak de org berkenan, tu pasallah bagi free je....hehehe. Baru2 ni Kak Liza Loken pun ada jual set ni, complete lagi..
Trio aqua peonies 
Suka tengok cawan spesis ni, ada pinggang sikit dan bibir dia berbiku2, piring cawan dia pun mungkum sikit, tu yang buat berkenan.. 
 Seperti biasa, cop mohornya made in china

 Mak bondanya tidak kelihatan lagi..kalau ada sapa2 nak letgo
mak bondanya, roger2lah yerr..

Jumpa lagi, tataaa

Thursday 17 February 2011

Jom Join GA Nita...

Assalamualaikum,

Malam ni saya nak join GA Nita Past Times Collectibles. Ramai jugak yang dah joinkan. Mana tahu ada rezeki...tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.....Kalau nak tengok GA yang dianjurkan oleh cik tuan rumah yang comel lote ni (bukan bodek tau....) boleh klik disini. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :



1. Jadi follower blog saya
    - dah lama dah, beress

2. Link kan blog saya dlm blog list anda
     - sudah juga

3. buat N3 GA ni dalam blog anda
    - sudah juga, beress

4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )?
    Sejak jumpa blog2 PML terus jatuh cinta iaitu di awal tahun 2010

5. Apakah koleksi PML anda yang pertama?
    Bunga Kangkung, mak punya yang dah bertukar tuan...hehe
 
6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
     Ni yang susah nak pilih ni, sbb peminat memang ramai tapi barang tak  
     de.....hehe. Saya pilih Twin Roses
 
Ok, dah dipenuhi syarat-syarat tu...jom kita tengok pulak apa hadiah2 yang disediakan. Jeng...jeng...jeng

TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE (bessnya klu dapat yg ini...) 



TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE (yang ni pun bess)



 
TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU (pun bess gak..)

Ha....senang jekan..jomlah kita join ramai2, biar Cik Nita kita tu pening nak cabut undi...hehehe. Tarikh tutup 22/2/2011 dan keputusan akan diumumkan pada 25/02/2011.

Selamat mencuba semua..

Wednesday 16 February 2011

2 Pink Roses


Salam Rabu

 N3 kali ini sekadar ingin berkongsi koleksi yang tak seberapa ini dan satu lagi sebab dapat rasakan betapa susahnya nak dapatkan suku sakatnya...jadi tak payahlah rasanya nak tunggu sampai complete semuanya baru nak enterprem...memang menahun..

 Untuk spesis ni saya cuma ada yang ini je...teko tu dapat dr Eis Antique (pernah n3kan sebelum ni), dah lama dia sorang2, kemudian saya pinangkan piring 4 keping tu dari Kak Nur Pondok Nur Salam. Tak sangka..ingatkan piring ni saiz 7" tp bila dapat lebih besar saiznya dan berat...cantik lagi u, suka kat bunga ros dia yang mekar-mekar dan tepinya yang berbiku2, tambah lagi dgn rim emas yang tebal dan utuh (klu hati dah suka, semuanya indah belaka...)

Close up bunga yang cun dimataku...

 Akhir sekali ada ke sapa2 yang nak letgo suku sakat untuk spesis ni?? Kalau ada boleh roger2 saya..

Jumpa lagi.

Sunday 13 February 2011

Tureen Forget Me Not

Salam Ahad,

Hari ni nak share tureen yang ke 2 di bawa pulang dr negara jiran, forget me not tureen kaler purple. Ramai juga collector PML yg dah ada tureen ni...saya baru ada ni ahh... Rezeki dpt tureen di negara orang, kat sini susah na saya nak jumpa tureen. Tureen ni dibeli dgn harga 150,000 Rupiah (klu convert duit kita dlm RM50...ok gak kan). So lepas ni ada yg nak berura2 hunting kat seberang pulak??...hehe. Masa belek2 kat kedai tu ada 3 tureen bunga ni, 2 bentuk bulat dan 1 bujur. Saya pilih yg bulat ni sebab condition dia yg paling cun, dgn rim emas dia masih utuh dan bunga dia pun ok lagi.

Untuk tureen ni kat cover dia je ada bunga, badan cuma ada gold lining je..

Kat cover dia ada 4 tompok bunga

 
Isi dlm tureen, kosong jerr...

Itu saja untuk kali ini. Selamat Berhujung Minggu...






Saturday 12 February 2011

Tureen Dari Jakarta

Salam Sabtu,

 Bertemu kembali...kali ni saya nak sharekan tureen hasil hunting di Jakarta sempena CNY baru-baru ini. Kunjungan ke sana bukan sekadar untuk holiday...tapi agenda hunting ku tetap on walau dimana daku berada...huhu..

Nilah tempat di mana kita orang pi hunting (yg atas tu gambar anak dara yg posing...mak dara tukang ambil gambar....hehe). Tempat ni khusus menjual barang-barang antik dan lama di tengah kota Jakarta, di jalan apa....dah tak ingat pulak, sbb masa pi sini pun nak cepat2 sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung. Gambar pun tak banyak snap kat sini sbb mata dok melilau apa yg boleh dirembat. Saya hanya beli 2 tureen je atas faktor2 nak membawanya pulang nanti....nasib baik masih siuman lagikan..

Close up  bunga rose di tureen ni...rangkaian rose pink yang kecil dan comel2 je

 dan yang ini juga..

 Penutupnya..

Tureen posing kat luar rumah..

Selamat menjamu mata & selamat hunting dihujung minggu. Jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails