Inspirasi Ku

Saturday 9 March 2013

Jom Minum....

Assalamualaikum..

Hari ni saja nak sharekan  minum petang tadi.....cuma ada teh tarikh dan sedikit kuih muih, ada kuih apam polkadot, ketayap dan kuih koci. Minum petang kali ini menggunakan tea set yand dibeli di SSF sahaja. Itu pun cuma beli 1 teko dan 2 set cawan dan piring...buat ada2 sahaja..huhu

Teko yang berbentuk bulat sahaja, suka corak kat badan dia yang timbul-timbul ni..asyik beli yang bunga-bunga je, sesekali kena tukar angin juga..

Dan cawan yang sepadan, tapi kalau diperhatikan corak di cawan tak sama dengan teko..

Dan tak lupa juga pitcher jug ni nak enterprem.... suka kat jug ni sebab kaler dia dengan corak yang timbul tu....hasil belian di Lovely Lace tahun lepas..

Dan last sekali bunga ni pulak, bunga ni sebenarnya tidak digubah semula, sekadar masukkan sahaja ke dalam pitcher tu...

Ok ini sahaja entry untuk kali ini....jumpa lagi di lain waktu dan kesempatan..

Wassalam.


Monday 25 February 2013

Kembali Bersiaran...

Assalamualaikum w.b.t.

Hermmm....setelah sekian lama menyepi, hari ini terlintas nak update blog yang telah lama ditinggalkan...bukan tak sayang atau tak cinta ya...tapi kekangan masa dan tugas-tugas harian sebagai seorang isteri, ibu, pekerja di pejabat, balik rumah jadi suri rumah pulak memang banyak dan tak berkesudahan....blog ni jugak yang jadi mangsa ketidaksempatan dan kemalasan ku...huhu

Harap-harap lepas ni no malas-malas ehh....nak buat n3 jugak walau pun simple, sebab bila bukak balik yang lepas-lepas macam best jugak...boleh jadi kenangan terindah khususnya untuk diri ku sendiri...dan boleh juga share dengan kawan-kawan yang sama aliran dan minat kan..

Nak letak gambar apa kat n3 ni yerk....adoiii...nak upload gambar pun dah terlupa, camana tu....sabor jelah...setelah mencuba hasil try and error gambar ni je yang ter'upload'...

 
Masih tidak boleh dipisahkan dengan pinggan mangkuk...hihi. Terberkenan kat tepi piring tu, apam polkadot sekadar hiasan.....layankan jerlah...

Ok...jumpa lagi nanti..

Wassalam.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails