Inspirasi Ku

Tuesday 18 October 2011

Pinggan Lama - Part 1

Assalamualaikum

Tiba-tiba terajin nak mengkompilasikan pattern2 yg ada di pinggan2 lama, kenapa pilih pinggan yerkk...entah, tak de jawapan...mungkin sbb senang nak dikeluarkan dr tempat simpanan, sbb memang dah tersusun selonggok di dlm gobok, so senang nak dikeluarkan utk tujuan shooting..hehe

Masa saya kecik2 dulu pinggan macam ni digunakan untuk makan nasi. Ada juga panggil pinggan mungkum. Pingan ni boleh juga digunakan untuk isi lauk pauk, sbb bentuknya yg mungkum tukan. Pinggan ni saya tak collect byk pieces, biasanya sekeping dua je utk setiap jenis. Tp klu yg cun2 tu biasanya lebih sikitlah..

Jom kita tgk apa yg ada...

Bunga ros ni yang paling saya suka sbb bunga ros dia dah mekar2, besar dan terang

Yg ni rasanya koleksi wajib utk semua collector, pun kesukaan saya juga, twin roses. 


Peonies ni saya suka apalagi yg ini bunga dia sgt terang
 yg ni pun sweet, saya suka gabungan pink + kelabu, memang cun (di mata sayalah)

yang ini pun suka gak...ros pink kelabu kehijauan

Utk kali ini, ini saja yg dapat saya paparkan. Tak larat nak upload gambar banyak2,
tersangatlah lambatnya... 
Selamat cuci2 mata....(to be continued)

Nota : Kawan2 yang lain pasti ada pelbagai lagi koleksi yg berbeza, jomlah kita share2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails