Inspirasi Ku

Thursday, 18 November 2010

Rose Merah Lagi..

Salam Aidil Adha...
Bertemu kembali, alamak macam baca berita pulak...haha. Dah makan ke belum...?? Apa pun kali ini saya nak kongsikan cawan yang saya ada ni, cawan mulut lebar bunga ros merah. Asyik dok jumpa cawan je, tekonyer sembunyi kat mana ntah......Kalau tengok chop dibawahnya rasanya cawan ni dari Jepun dgn tulisan yang agak sukar dibaca, sebab tulisan tu mcm sememeh je, tapi bila saya dah belek2 dia tulis YAMAKA, haa....dr Jepunlahkan (klu salah minta maaf no..).
Jom layan gambar2 ni...



Bunga kat cawan dia cuma ada sebelah je, belah belakang kosong, piring dia pulak cuma ada kudup bunga ros satu (pening pulak tengok gambar ni senget mcm nie, rasa mcm nak tumbang pun ada...)

Sebelum tumbang, saya permisi dulu. Selamat mencuci mata ...

Sunday, 14 November 2010

Mug "Ala Cik Port"

Assalamualaikum semua,
Hari ni saya cuma nak sharekan mug yang saya ada ni, mug ala2 cik port. Jom kita tengok.... 
Mug bunga purple ni saya beli 2 je, buat lepas kempunan kata orang. Saya sebenarnya pantang nampak pinggan mangkuk yg cantik2 di mata saya, termasuklah mug ini, mesti saya nak beli utk disimpan,
 tp kadang2 saya pakai jugak..
 Memang berangan nak memiliki cik port yang betul, tapi harganya paham2 jelahkan, so yg ini pun ok...
Ni close up bunga dia 
 Dan ini satu lagi jenis bunga yang ada, pun saya rembat 2 je...Bunga dibahagian belakangnya
 lain dan kecil sikit.
 bunga lili oren ke ni....
  
Nilah keempat2 mug cik port kesayangan saya yang di beli kalau tak silap saya awal tahun ni. Tak payah pegi jauh2 nak beli mug cik port ni......kat Tesco je......hehe.

Selamat menjamu mata.

Thursday, 11 November 2010

Merah Yang Menawan...

Salam Jumaat
Merah itu menawan, betul ke.....tapi saya rasa memang betullah, sebab piring bunga ros merah ni yang membuatkan saya terus jatuh cinta, pandang pertama lagi...awww.
 Nilah ros merah yang berjaya menambat hati ini....cantikkan..
Piring three red roses ni saya ada 2 ketui jee...ni hasil shopping dengan Eija Ulat Pelita
 (apa khabar Eija, lama tak jumpa....)
Piring ni pulak jumpa di kedai terpakai dengan harga yang berbaloi2, tapi sekeping je. Rasanya piring ni dah puas tuan dia pakai sebab bunga dia pun dah agak pudar dan ada sumpik kecil di tepinya. Tulisan kat belakangnya German je yang nampak, yg lain dah kabur sampai tak boleh nak baca. Tapi ada aku kisah, kalau dah berkenan, sapu jelah....
 Saya memang obsess dengan pingan mangkuk cawan teko yang bermotifkan bunga roses especially pink and red. Nilah 3 piring berbunga ros merah dambaan hatiku...

Selamat mencuci mata.

Monday, 8 November 2010

Terapi Mata Ku....

Salam semua...

Hari ni saya nak sharekan terapi mata saya... rose hijau. Walaupun tak lengkap lagi tapi dah cukup membuatkan hati saya keluar bunga..rasa bertuah sesangat sebab dapat collect rose hijau ni memandangkan saya pun baru dalam bidang ni...Seperti di dalam gambar, itulah yg saya ada takat ni. Untuk koleksi ni saya dapat dari 3 negeri, sejauh di Perak, Selangor dan Melaka.
Pada tuan dan puan2 yg asal mesti dia tahu mana satu beli dr mereka...
Teko aladin datang nun jauh dr Perak..walaupun ada hair line tapi tetap ku rembat, bukan senang nak
dapatkan..
Sugar pot yang cun ni dari Melaka (suke sangat dpt benda ni sebab tak pernah ada lagi sugar pot bentuk ni)
4 piring kuih yang dr Selangor
Cawan ml dari Melaka, masa dpt macam tak percaya..sukerrr gilerrr

Dan inilah koleksi yang saya ada takat ni, banyak lagi yang saya nak tambah, oval platter 1 pun tak de, creamer & etc, tapi tak delah laju-laju, pelan-pelan je....robek poket hehee..

Sehingga jumpa lagi, selamat bertugas esok..

Wasalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails